Assalamualaikum, Alhamdulilah kita sudah hampir untuk bertemu dengan bulan yang begitu banyak ganjarannya. Alhamdulilah kita antara umat Nabi yang paling banyak diberi ganjarannya. Sedar atau tidak, bersedia atau tidak itu bukan alasan kita untuk tidak berpuasa pada bulan ramadan, kerana berpuasa telah diwajibkan sebagaimana diwajibkan kepada manusia sebelum kita lagi. Rebut lah peluang yang datang hanya setahun sekali dan belum tentu tahun hadapan kita dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM <3
