Jul 22, 2013

FLAMING STEAMBOAT (22/07/2013)

Adalah bahawa kami berbuka puasa bersama di Flaming Steamboat Danau Kota.


Nampak macam tamak kan? 7 orang makan ni. Tetapi percaya tak? Ktorg tak dapat habiskan semua makanan ni? Bukan semua! Ada tinggal satu pinggan je tak habis sebab perut dah memang betul-betul tak boleh nak sumbat lagi. Mana tak-nya! Start berbuka terus teguk air 2 cawan. Tapi memang berbaloi RM28/seorang.

 
Bermula dari kiri: Polo, Haziq, Ezul, SAYA, Ashraff, Hazimin dan tukang ambil gambar Ayap.

Kesian dengan Ayap sebab gambar dia tak ada... Tapi!
 Tadaaaaaaaaaaaaa...........

 Bermula dari kiri: Ayap dan SAYA

Rasa sekejap sangat lepak semalam! Dengan kereta rosaknya, macam-macam dugaan berlaku semalam. Tapi dapat jugak lepak sesama setelah berbulan tak jumpa. Lepas ni pastikan plan bercuti ke-pulau menjadi okay? Hahahaha... PULAU~ 
Sebelum nak tamatkan post ni, ada sajak nak dilambungkan. Dan macam sesuai untuk kami semua. Hahahaha...

"Takkan terpisah.sekumpulan kawan gila-gila rambut tak sama tapi satu kepala tak sedarah tapi bersaudara; sumpah untuk bersama-sama.takkan terpisah.biar tsunami melanda; pusing dunia berjanji setia; susah senang kami menang. takkan terpisah. ibarat KL dengan traffic jam; burung biru dengan muka buku tetap rapat.kami hebat.macam budak hipster dengan jeans ketat takkan koyak takkan goyah takkan terpisah kami buddyz; bersama selamanya.kami riuh; kami gempak; ngam ngam macam segiempat tepat suara berbeza pilihan sama fahami jiwa tanpa suara.kami sembang; gaduh sms kutuk lepak sebab kami muda sekali je; bersama mencipta menggegar dunia.kami bebas; merantau merata-rata merayau-rayau mencari jati diri; bersama selamanya.kami buddyz.kami takkan terpisah..."

Thanks to Digi! Ayat sempoi!
Sekian... Assalamualaikum