Mar 28, 2014

5

Assalamualaikum, Korang mesti tertanya-tanyakan apa itu "5"? Apa yang kaitan dengan 5. Hahahaha... Okay sebenarnya "5" adalah bermaksud, "Semester 5". Yes! Aku nak bercerita mengenai semester 5. Firstly, aku panjatkan tangan dan mengucapkan "Alhamdulillah" Kerana aku sudah hampir sampai ke penghujung untuk menjadi seorang pemegang sijil Diploma dalam bidang "Electronic Engineering (Communication)". Dalam semester 5 ni aku punya perasaan bercampur gaul. Sedih + Gembira. Kenapa? Okay aku sedih sebab aku akan berpisah dengan kawan-kawan yang hampir 3 tahun bersama. Susah? Senang? Aku rasa mereka adalah yang terbaik dan yang paling aku sayang. Aku tak mampu nak ceritakan bagaimana hebat dan terbaiknya mereka. Hanya diri ini sahaja yang boleh faham apa itu "Kawan". Gembira? Aku gembira kerana aku hampir berjaya dalam menghabiskan apa yang aku ceburi. Alhamdulillah! Aku berharap dalam semester 5 yang terlalu banyak dugaan ini aku mampu harungi nanti dengan lancar. Semoga kawan-kawan seperjuangan juga buat yang terbaik di semester 5 ini. Amin! Benda-benda macam ni aku tak boleh nak merepek lama-lama nanti fikiran aku merepek dan menyebabkan air mata jatuh. Okay aku rasa aku nak stop sampai sini. Byeee... GOOD LUCK DEP5C! :')