Mar 18, 2013

Ratu Hati



Assalamualaikum… :D

Maybe ada sesetengah di antara kita yang kurang rapat dengan orang tua mereka, tetapi siapa tahu jauh di sudut hati kita yang kita sayangkan dua orang tua kita. Ibu, Engkaulah ratu hati ku. Nama yang diberi dari dulu hingga kini adalah Asiah Binti Hassan. Ibu aku adalah seorang yang biasa, selalu pendam sesuatu yang tak sepatutnya di pendamkan (macam aku), Juga seorang yang garang dan tegas dalam sesuatu hal dan kuat berusaha. Aku anak yang ke-6 daripada yang ke-6 bak kata orang anak manja gitu. Yes aku mengaku yang aku memang manja tetapi bukan mengada harap maklum. Aku selalu teringat tentang ibu lagi-lagi semasa aku berada di Johor Baharu, jauh dari pandangan. Kadang-kadang aku menangis hanya kerana aku teringatkan ibu (rindu mungkin). Walaupun aku lelaki tetapi aku rasa benda-benda macam ni tak sepatutnya malu, sebab syurga lelaki di bawah telapak kaki ibu dan kita patut ada rasa sayang yang kuat dekat ibu kita. Aku selalu berangan-angan bila aku besar, ada kerja bagus, berkahwin, anak-anak dan aku akan jaga ibu sampai ajalnya tiba tetapi dalam fikiran yang lain aku berfikir sempatkah semua itu berlaku? Banyak tanda tanya yang aku sendiri tak tahu jawapanya, hanya Allah yang tahu semua itu. Dengan umur ibu yang semakin meningkat lagi membuatkan aku rasa takut untuk kehilangannya. Aku rasa sangat belum puas untuk hidup di sisinya dengan kasih sayangnya. Bila teringat zaman kecik-kecik dulu rasa nak jadi budak kecik lagi sekali dan bermanja-manja dengan ibu :’( Apa-apa pun, masa mendewasakan kita dan kita perlu banyakan berdoa kepada Allah supaya panjangkan umur kedua orang tua kita dan diberikan kesihatan. Setiap yang hidup pasti akan pergi juga kelak dan yang paling penting berbuat baiklah pada kedua orang tua kita, ye aku tahu kita semua tak terlepas dengan salah dan silap dan maybe kita sendiri tak sedar yang kita dah kecilkan hati mereka tetapi dengan meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi boleh mematangkan kita. Kalau malu untuk meminta maaf secara face to face, cuba cara lain seperti message. Akhir kata, Setiap perbuatan pasti ada balasan.