Bismillah...
Assalamualaikum, Berkawan adalah sesuatu perkara yang wajib didalam kehidupan kita, walaupun kawan biasa atau pun luar biasa dan kita patut rasa bersyukur kerana kita telah dijidohkan oleh-Nya untuk memiliki kawan yang ada dihadapan mata kita sekarang. Amalina atau Ama dan nama manjanya "anja", Hahaha... Okay! Pertama, aku bersyukur ada kawan seperti kau, walaupun jenis kita tak sama. Kedua, aku nak ucapkan terima kasih untuk "buku" yang kau bagi tu, aku hargainya teramat sangat, aku janji akan membacanya setiap malam sabtu dan ahad *samalm janji kita*, dan tidak lupa untuk masakan setiap petang isnin yang kadang-kadang sedap dan kadang-kadang masin tu. Ketiga, kita banyak meluangkan masa bersama dan gelak dan bermacam-macam lagi. Untuk bermulanya motif post ini~ Huhhh... Pada satu hari nanti kita terpaksa berpisah untuk setahun? Maybe? And aku just nak cakap kita mesti rindu sesama kita right? Aku harap dengan berdoa akan membuatkan kita lega dengan rindu, Amin. Dan bila kita berjumpa balik hanya lah untuk 4 or 6 bulan SAHAJA! Woahhh! Nampak lamakan? Oh! Tidak, sangat sekejap bagi aku dan aku harap persahabatan kita bukan lah hanya kita di Poli sahaja. Kau bersabar lah dengan Afiq, walaupun dia buat kau macam ada tak ada je kan tetapi aku yakin yang dia sayangkan kau lebih dari aku sayang kan kau. Bila dah kawin nanti jangan lupa jemput aku. Tak sabar nak tengok kau naik pelamin :) Dan yang paling penting sekali bila kau dah berjaya jangan lupa aku sampai anak cucu dan cicit. Kita semua boleh berkawan berapa banyak yang kita suka dan didalam banyak-banyak kawan bukan semua adalah sahabat. Jadi berkawan lah selagi boleh untuk mencari seorang sahabat yang mampu bersama kita semasa susah atau senang kelak. Sekian~
