Nov 9, 2013
THE STORIES THAT I CAN'T EXPLAIN
Terlalu banyak gambar kita bersama. Semasa kaki sedang leka menjejakkan kaki di RTM yang hampir 5 Bulan dan itu sudah cukup untuk kita menjalinkan satu hubungan yang sangat mesra. Dan pada masa yang selalu berlalu dengan cepat membuatkan kita terlena didalam buyaiannya. Pada diri masing-masing kita hanya manusia biasa yang berbeza latar dan belakangnya lalu antara sedar ataupun tidak kita sudah mengikat satu tali persahabatan, walaupun persahabatan kita tidak terlalu hebat dan tidak terlalu lama tetapi kita boleh menjadi satu dan hingga pada satu tahap kita terpaksa berpisah untuk meneruskan perjuangan masing-masing. Dan tidak akan aku lupa walaupun satu saat semasa kita bersama-sama di RTM, aku berharap sangat! In Sha Allah~
