Jun 16, 2013
Happy Father's Day
Tanggal 16/06/2013 telah jatuh hari yang sangat bermakna untuk semua kaum Adam yang bergelar Ayah, Abah, Papa, Walid, & segala panggilan yang dipanggil hanya untuk title seorang ketua keluarga. Hari ayah adalah hari untuk menghormati ayah dan mengenang jasa baik serta pengorbanan ayah dalam mencari sesuap nasi untuk anak-anak dan isteri. "Ayah" Itu adalah panggilan yang cukup bermakna yang digunakan oleh adik-beradik saya untuk memanggil seorang lelaki yang diberi nama dulu, kini dan selamanya... insyaAllah Abdul Rahman Bin Tamis, berasal dari Muar, Johor. Ayah adalah seorang yang tegas dengan anak-anaknya dan pandai untuk mengawal setiap isi rumah. Ayah juga bukan seorang yang cepat berputus asa dalam setiap apa yang dia lakukan. Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan seorang ayah yang sangat terbaik dimata saya. Saya hargai apa yang dia beri pada kami, walaupun tidak semewah orang lain tetapi kami rasa semuanya cukup. Bagi saya ayah adalah hero yang terhebat! Macam movie superman tu "Man Of Steel" Hahaha... Apa-apapun Terima kasih ayah! Adik sayang Ayah dan SELAMAT HARI AYAH <3
