Pernah tak kau rasa sayang kat seseorang?
Sampai apa dia buat?
apa dia cakap?
apa dia fikir?
apa dia dengar?
apa dia percaya?
apa dia suka?
apa dia benci?
semua kau nak tahu.
Sampai kau sanggup maaf kan semua salah dia. Kecik? Besar? Kau sanggup lupakan.
Nak lupakan salah dia tu lebih mudah daripada melupakan diri dia.
Sampai kau letak dia paling atas dalam hidup kau.
Apa yang orang bercakap, apa yang kanan dan kiri berbisik kau tak perduli.
Tetapi apa yang dia cakap dan bisik itulah kau dengar.
Sampai kau bukan setakat bayangkan, malah kau doakan.
:')